Sunday, October 25, 2009

KOPERASI UMNO BANGI 3

1) Dalam meneruskan agenda perjuangan, agenda memajukan ekonomi ahli cawangan tidak pernah dilupakan. Maka atas dasar itu, satu mesyuarat khas penubuhan koperasi UMNO Bangi 3 telah diadakan.

2) Beberapa ketetapan telah dibuat antaranya:

i) Pelantikan organisasi untuk menggerakkan koperasi- Sdr Rizuan atau lebih dikenali sebagai Bob mengetuai koperasi bagi sesi 2009-2010.

ii) Koperasi Bangi 3 adalah di bawah Kelab Niaga dan Keusahawanan (KENU), UMNO Cawangan Bangi 3 tetapi KENU tidak akan campurtangan dalam pengurusan koperasi. Segala keputusan adalah datangnya daripada Lembaga Pengarah yang akan dilantik kelak.

iii) UMNO hanya akan campurtangan dalam aspek yang tidak mampu diselesaikan oleh Lembaga Pengarah atas permintaan Lembaga Pengarah sendiri.

3) Semoga koperasi ini akan berjaya didaftarkan dan memberikan manfaat kepada seluruh ahli kelak.

PEJABAT UMNO CAWANGAN BANGI 3

1 comment:

Pemuda Pas Bangi said...

dasyat la korang buat kerja..siap ada koperasi lagi..stail kitorang banyak kutip2 derma..sekarang ni tengah buat collection untuk bina sekolah LEPAI kat pasar jalan 6.

p/s: kalau korang ada cable orang jutawan ke bolehlah kalau nak derma kat sekolah tu.