Monday, May 4, 2009

Anjakan Perubahan Bangi 3

Jumaat-24 april 2009: Bertempat di Pejabat Ghafient, satu perjumpaan khas Majlis Tertinggi Umno Cawangan Bangi 3 telah diadakan setelah hampir 3 bulan tidak berjumpa dan berbincang (Secara Rasmi). Antara agenda menarik perjumpaan tersebut adalah pemberitahuan kepada semua ahli Majlis Tertinggi berkenaan pembinaan laman Blog Rasmi UMNO Cawangan Bangi 3 yang bakal menjadi medium komunikasi antara sesama ahli mahupun dengan masyarakat luar.

Laman blog tersebut telah dibangunkan oleh Sdr Jalil (Ketua Cawangan) dengan dibantu oleh sdr Mazlan (Timbalan KC) dan bakal menjadi satu suara rasmi politik bukan hanya sekadar berbentuk setempat tetapi pada peringkat nasional. Menurut Sdr Jalil, Blog tersebut bakal menjadi pencetus idea perubahan dalaman UMNO oleh generasi muda yang akan membicarakan bukan hanya aspek politik, malah aspek sosial, pendidikan, agama , kebudayaan, polisi dan dasar2 kerajaan dalam terma pembangunan Negara hingga ke satu tahap mampu mencetuskan polemik nasional, ujar beliau.
Selain membincangkan dan melantik jawatankuasa khas bagi mengendalikan blog, perjumpaan juga membincangkan berkenaan beberapa program yang bakal dijalankan seperti lawatan ke Majlis Belia Malaysia, perlawanan Futsal Persahabatan antara cawangan, perjumpaan santai bersama tokoh2 terkenal negara, majlis pelancaran blog UMNO Bangi 3.



Selain itu, perjumpaan juga membincangkan berkenaan mesyuarat tahunan cawangan yang bakal diadakan kelak.

Satu kelab telah ditubuhkan iaitu Kelab Usahawan@ Kelab Niaga Bangi 3 yang dipengerusikan oleh Sdr Rafizan. Tugas utama kelab ini adalah untuk menghasilkan idea2 bernas (Think Tank)dan seterusnya menggerakkan program2 berunsurkan keusahawanan bagi menjana pendapatan ahli dan juga cawangan Bangi 3. Menurut sdr Rafizan, beliau berharap agar Kelab Niaga ini akan dapat melahirkan usahawan terbaik di peringkat nasional dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu. Rafizan merupakan usahawan Muda yang berjaya di sekitar Bandar Baru Bangi.
Bagi merealisasikan hasrat untuk mendengar semua suara MT, sdr Jalil telah mengilhamkan satu survei yang dijalankan khas untuk mendengar suara MT bagi meningkatkan mutu gerakan UMNO Bangi 3 seterusnya Gerakan Belia Bangi 3. Survei telah diadakan secara bertulis dengan 2 segmen soalan dengan subunit soalan sebanyak 10 telah dijalankan bagi mendengar suara ahli MT agar perjalanan UMNO menjadi lebih baik. Setelah selesai mesyuarat, Sdr Jalil telah berbincang dengan Sdr Mazlan dan merangka satu formula yang akan digunapakai bagi menggerakkan ahli dan program2 bagi tahun 2009-2011.

Mesyuarat yang berlangsung selama sejam lebih tersebut dihadiri oleh kira2 12 orang MT dari 4 sayap utama parti dan diakhiri dengan sesi bergambar serta jamuan.

Harapan agar UMNO Bangi 3 akan terus gah di persada politik Serdang dan Malaysia amnya.

Sdr Mohd Nizam Md Arif
Setiausaha UMNO Bangi 3



2 comments:

Anonymous said...

Selamat maju jaya bro semua...semoga UMNO cawangan ni akan berjaya....camne nak join korang?

Jebat Perkasa

Pak Abu said...

Terima kasih Jebat,

Buat masa sekarang kami masih belum membuat hebahan rasmi lagi kepada semua. Selepas pelancaran nanti Pak abu akan pastikan hebahan besar-besaran untuk blog ni. Cara nak join Pak Abu senang aja cuma e mailkan kat email di bawah:
skbangi3@gmail.com

Kemudian kami akan menjemput sdr join program2 yang dianjurkan. Jika pihak bos kami berpuas hati maka kita akan tarik untuk menyertai cawangan ini.

Terima kasih ya..
Pak Abu: Dah ada peminat...hehehe