Sunday, May 10, 2009

TAKLIMAT KHAS OLEH PEGAWAI PENGEMBANGAN KOPERASI PARLIMEN SERDANG KEPADA AJK UMNO BANGI 3

Jumaat, 8 Mei 2009- Satu mesyuarat khas telah diadakan oleh UMNO Bangi 3. Agenda khas kali ini adalah dengan adanya sesi taklimat khas oleh Pegawai Perkembangan Koperasi Parlimen Serdang, En Rashdan. Sesi taklimat berkenaan menyentuh aspek aspek bagaimana untuk menubuhkan koperasi, jenis2 koperasi dan bagaimana mengendalikan operasi sesebuah koperasi serta peluang2, peranan dan bantuan yang boleh didapati dari pihak tertentu bagi memastikan kejayaan sesebuah koperasi.

Sesi ini berlansung selama sejam dengan kehadiran hampir 12 orang think tank UMNO Bangi 3. Menurut Sdr Jalil selaku Ketua Cawangan, ini adalah salah satu usahapihak beliau untuk menarik minat golongan muda dari pelbagai golongan untuk mendekati UMNO dan beliau turut menyatakan aktiviti seperti ini akan dapat meningkatkan tahap ekonomi ahli disamping akan dapat menjadikan UMNO terus relevan bagi orang Melayu. Walaupun usaha ini hanya di peingkat cawangan, namun ianya akan dapat diperkembangkan sekiranya mendapat sambutan. Ini adalah sebagai 'Pilot Project'.

Menurut Pengerusi Kelab KENU Sdr Rafizan pula, pihaknya akan menimbangkan dari pelbagai aspek berkenaan hasrat penubuhan koperasi berkenaan. Suara ahli dan persetujuan Majlis Tertinggi diperlukan untuk menggerakkan projek berkenaan.

Menurut Timbalan Pengerusi UMNO Bangi 3 merangkap penasihat KENU, Sdr Mazlan menyatakan usaha membawa golongan yang terlibat atau pegawai dalam bidang tertentu seperti yang diusahakan pada malam ini adalah satu langkah yang positif ke arah melahirkan dan menarik keahlian tulen ke dalam UMNO dan Gerakan Belia 4B Bangi 3.

Selepas sesi soalan dan penjelasan yang cukup sempurna dari En Rashdan, Sdr Jalil merakamkan setinggi penghargaan kepada En Rashdan di atas kesudian beliau untuk meluangkan masa bersama ahli cawangan ini dan seterusnya Sdr Jalil bagi pihak UMNO Bangi 3 memberikan sedikit cenderahati kepada En Rashdan.

Selepas selesai sesi taklimat, Sdr Jalil mengarahkan Kelab KENU agar memperhalusi perkara ini dan mengkaji berkenaan pro dan kontra berkenaan penubuhan koperasi. Secara dasarnya, mesyuarat bersetuju dengan penubuhan koperasi agar memberikan manfaat dan faedah untuk ahli. Sdr Rafizan bersama2 sdr Najib dan Masurawati dengan bantuan nasihat dari wakil Majlis Tertinggi ke dalam Kelab KENU, Sdr Mazlan (Penasihat) akan merangka penubuhan koperasi tersebut sedikit masa lagi.

Harapan Pak Abu agar KENU dan lain2 kelab yang dibentuk ini agar dapat bersama2 membantu menggerakkan UMNO Bangi 3 dalam segenap aspek. Semogaidea2 yang diberikan dapat direalisasikan sebaik mungkin. Insya Allah.

Pak Abu: Semua perkara/ cadangan yang dalam bentuk Idea pada mulanya adalah tidak ada nilai sehinggalah ianya dapat dilaksanakan atau direalisasikan....

2 comments:

Anonymous said...

well done kawan2 di Bangi 3!...teruskan perjuangan...

from :kami di serdang

Anonymous said...

"Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.."
Mengapa peribahasa seindah ini wujud?
Jawapannya mudah.. Kerana manusia tidak mampu berdiri dengan sendirinya tanpa kerjasama yang mampan.
Mengapa pula gerakan Belia 4B Bangi 3 wujud?
Jawapannya juga cukup mudah. Kerana kami bersatu untuk membentuk generasi muda yang kukuh jati dirinya agar anak cucu kita nanti tidak meletakkan kegagalan di atas bahu kami kerana telah merobohkan benteng pertahanan orang melayu yang telah lama dipacak oleh nenek moyang kita.
Saya tidak pandai berhujah. Saya juga tidak hebat berdebat tetapi saya mempunya jari jemari sebagai pengantara untuk membela nasib bangsa, agama dan negara.. (Nurasikin Arsad)